Foto untuk teman-teman

Annapurna Winter Santuary Trek.

Fotobook

Foto mendaki gunung tertinggi di Australia

Apip - Eryn

Saat-saat honeymoon di Annapurna Region.

ABC Winter

Foto shoot di Annapurna Base Camp on Winter.

ABC Winter

PIP in Person, Avid Hiker.

Wednesday 30 January 2013

Sapa - Syurga Outdoor Shopping



Rambang mata dan mabuk shopping jaket outdoor antara istilah yang menggambarkan bila berjalan di Sapa Town, Vietnam. Deretan gerai yang menjual jaket outdoor jenama antarabangsa dengan harga yang jauh lebih murah menjadi tarikan utama pengiat gunung mahupun pengunjung dari negara Barat.


Buat pendaki Gunung Fansipan, Sapa adalah bandar persinggahan yang biasa menjadi tempat menginap sama ada sebelum mendaki mahupun selepas mendaki. Sapa berjarak 30KM dari Bandar Loa Cai, di utara Negara Vietnam. 

2013 - Jenama seperti The North Face (TNF) menggantikan jenama Colombia sebelum ini (2009). Kepelbagaian jaket dari Fleece, Softshell, DownJacket, Outer Jacket, RainJacket, Dual layer Jacket serta aksesori lain seperti sarung tangan, stokin, snow hat dijual disini. Jacket bukan GoreTek mahupun GoreTek. 

Gerai-gerai jacket outdoor didirikan sepanjang jalan berhampiran Sapa Church diantara Jalan Ham Rong - Jalan Pham Xuan Huan. Selain ini, Butik outdoor juga telah ada di Jalan Pham Xuan Huan. Lihat saja kedai bertulis 'Outdoor' atau seumpama. Kedai Jaket juga banyak disepanjang jalan ini menjual item yang hampir sama. 

Selain jenama TNF, jenama Jack Wolfskin dan Colombia juga ada terselit sedikit dan agak terhad. Down Jacket atau seperti down Jacket tanpa jenama hasil dari produk tempatan juga ada dijual sama. Penawaran jenama TNF begitu tinggi ketika kunjungan di awal tahun 2013.

Original kah produk ni? Produk 'Made in Vietnam' baik yang original mahupun yang 'imitation' memang agak sukar dibezakan dengan sekali pandang. Teleklah fabrik, logo, jahitan dan sebagainya untuk pastikan keasliannya. Rata-rata kelas A atau B imitation dijual disini. 

Harga pula boleh ditawar bergantung pada kelebihan pembeli. Barangan dijual dalam harga US Dollar (USD) dan juga Vietnam Dong (VND). Kebiasaannya harga belian dalam USD lebih menguntungkan berbanding dibayar dengan VND.

Produk lain yang turut dilambakkan trekking shoes. Jenama TNF juga yang melimpah. Satu butik TNF kini ada di Sapa selain kedai-kedai Outdoor dan gerai-gerai outdoor. Harga barangan di kedai juga tidak tinggi. Mungkin sebab dijual dari negara pengilang. 
Dibeli USD20

Sapa - Syurga Barangan Outdoor.

Monday 21 January 2013

Meninjau Gunung


Meninjau Gunung / Rentis

 Teknik meninjau dari tempat tinggi untuk tujuan menjajar rentis ke sesuatu destinasi. Teknik ini bukan perlu diguna semata-mata bila kita tersesat dihutan. Pohon yang tinggi boleh digunakan sebagai tempat meninjau, kalau ada menara tinjau tak perlu pohon. Puncak yang lebih tinggi juga boleh jadi tempat meninjau rentis.

Teknik ini hanya boleh digunapakai bila cuaca baik, tidak berkabus atau malam yang diterangi cahaya bulan. Waktu gelap gelita apa pun tak nampak. Waktu siang lebih baik dari waktu malam. Lebih terperinci apa yang dapat kita lihat. 

Teknik Meninjau Rentis juga dapat mengesahkan kedudukan kita dalam peta topologi. Teknik ini digunapakai bagi mereka yang masuk ke hutan hanya berbekalkan peta & kompas. Kini kewujudan GPS banyak membantu pendaki-pendaki.

Nak lihat apa ye'. LIhatlah rentis yang mungkin kita dapat lalui hingga ke destinasi. Selain dari perancangan diatas peta topologi, Meninjau Rentis dapat membantu menjajar rentis dengan lebih baik. Kita dapat lihat rabung, tebing tinggi, tanah runtuh, permatang putus, pecahan-pecahan rabung, jalan balak dan sebagainya. Maklumat ini perlu dipadankan kembali dengan struktur kontor dalam peta topologi. 

Kenapa nak padan dengan peta topologi. Mungkinkah peta topologi salah? Stuktur muka bumi boleh jadi berubah bila ada tanah runtuh, Wujud tebing tinggi yang tidak dinyatakan dalam peta topo dan jajaran rentis yang dirangka atas peta topo perlu dilaraskan sesuai dengan situasi sebenar hasil dari tinjauan rentis.


Contoh Kes - G. Hantu, Jelebu
G. Hantu dilihat dari puncak G. Besar Hantu. Jajaran rentis dilakar untuk memastikan tidak terlajak turun di rabung (lihat rabung turun di bahagian kanan-tengah foto . Jajaran rentis juga perlu dilencongkan bagi mengelak tebing tinggi (lihat tebing batu di foto). Kewujudan dua puncak yang hampir setara tingginya dan agak berdekatan hasil dari Meninjau Rentis dapat mengelakkan pendaki mendaki puncak yang salah dan beranggapan telah tamat misi mencari puncak sebenar. Lihat peta dibawah hanya satu puncak yang ada. 
Rentis yang dilakar sebelum Meninjau Rentis

Rentis yang dilakar selepas Meninjau Rentis
Meninjau Rentis membolehkan kita melaraskan arah kompas (declination). Arah sasaran yang dikenalpasti dapat kita set dengan kompas. Selain melaras kompas menggunakan maklumat peta topologi serta kiraan, menghalakan kompas ke arah sasaran, terus dapat bearing. 

G. Bubu West, K. Kangsar mungkin dinamakan 'West' sebab berada sedikit dibarat G. Bubu, merujuk pada grid peta. Hasil Meninjau Rentis dari G. Bubu, Puncak G. Bubu West adalah arah Utara mengikut utara magnet. 

G. Warpu, Lodging pula mempunyai puncak tipu, kesilapan bearing (declination) boleh membawa pendaki ke puncak tipu semata-mata tanpa mengetahui kewujudan puncak sebenar. Meninjau Rentis perlu bagi memastikan tiada puncak lain diradius berdekatan.

-apip embi-

Thursday 17 January 2013

Di media dengan pendaki cilik

Foto Ayra Adeena ( 8 thn) pertama kali terpampang di media cetak KOSMO, 10 Januari 2013. Kisah pendakian di Gunung Perlis, Banjaran Nakawan dinukil saudara Faizal FBK. 


Ayra berbaju biru ditengah-tengah bersama OGKL
Si anak & Si ayah
Klik untuk Zoom & lebih mudah dibaca.




Monday 7 January 2013

Aura Gunung


Aura Gunung

Foto Hiasan - Nampak aura gunung?
Gunung mana yang beraura pada tahun 2013? Iyakah gunung berAURA? Kalau batu gunung beraura, mungkinkah gunung juga beraura? beraura jugakah penjaga gunung, orang gunung dan mereka yang berdamping dengan mereka ini.

Batu gunung berapi beraura dan menghasilkan tenaga sudah lama ditulis dalam media dan iklan jualan batu gunung. Konsep tenaga tidak pupus pada batu gunung yang dijual memang menakjubkan dalam dunia sains (lari dari hukum tenaga Newton).

Masih beraurakah gunung dikeliling kita? Selain dari gunung berapi yang ada batu gunung beraura, gunung salji & gunung hutan hujan punyai aura tak? Bila gunung ada aura, yang berdamping dan sering berkunjung (mendaki) gunung mungkin turut beraura. 

Gunung mana yang keluarkan aura bagi tahun 2013 ya? Mesti ramai yang menuju ke gunung yang sama bila tahu gunung ini mengeluarkan aura bagi tahun 2013. 

Perlukan kita tahu gunung itu beraura atau tidak? Macamana nak serap aura gunung. Berapa banyak aura gunung yang mampu manusia serap? Berapa lama aura gunung boleh kekal pada badan manusia. Persoalan demi persoalan yang tak mungkin terjawab dengan konkrit. 

Mudahnya, buat pendaki gunung, mendaki sahaja mana-mana gunung tanpa merujuk pada aura gunung.