Foto untuk teman-teman

Annapurna Winter Santuary Trek.

Fotobook

Foto mendaki gunung tertinggi di Australia

Apip - Eryn

Saat-saat honeymoon di Annapurna Region.

ABC Winter

Foto shoot di Annapurna Base Camp on Winter.

ABC Winter

PIP in Person, Avid Hiker.

Thursday 12 January 2012

ReviewProduct:: Inner Sleeping Pad

Sleeping Pad atau mat lazimnya diletak diluar sleeping beg. Berlainan dengan product klymit. Self inflating pad ini dibuat rangka dan saiz muat dalam sleeping beg.

kenapa rangka tidak penuh?
- untuk sokongan dan ruang kosong akan diisi lebihan sleeping beg, lebih-lebih lagi jenis down.

Kenapa inner bukan diluar?
- mengelakkan risiko kebocoran, terutama penggunaan yang lebih lasak di hutan khatulistiwa (kurang salji lebih batu/pasir).

Test inhouse oleh apip::
Keselesaan sebagai pad hampir setara dengan outer insulated mat. Kelemahan:: bagi yang suka tidur seperti udang kena bakar, asik mengerekot, amat tak sesuai bagi jenis ini. sleeping beg akan berbentuk tegak seperti bertulang/rangka dan posisi tidur lurus sahaja.

Maklumat lanjut produk ini boleh layari http://www.klymit.com/index.php/products/sleeping-pads/ineriaxframe.html

Boleh didapati di butik Lafuma Bangsar dijual pada harga RM4XX.





Monday 9 January 2012

Hutan vs Kebun

"kalau tak ke hutan tu, pergilah ke kebun"
Ada makna kata-kata orang tua kan.
Kalau ke hutan panjat gunung, Kalau ke kebun panjat pokok.
Menebas di hutan buka trek, menebas di kebun senangkan orang tua.
hehehe

Lama rasa tak panjat pokok manggis.

















Kebun boleh mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga, Gunung mengeratkan ikatan percintaan sesama pendaki! glurp! mengeratkan hubungan sesama pendaki.
Anak kecil & ibu di kebun.




:. Dakilah gunung, usah dilupa kebun tempat membesar.





Tuesday 3 January 2012

lepas Ekspedisi

Lepas Ekspedisi atau post expedition mungkin ramai yang tak bercerita dan gembar-gemburkan. Kebiasaannya cerita ekspedisi yang jadi topik utama selepas ekspedisi. Tak lari juga cerita pre-ekspedisi yang kadangkala dicerita panjang lebar dalam penulisan sesuatu ekspedisi.

Kali ni GG(GerbangGunung) akan cerita sedikit kerja-kerja lepas ekspedisi. Cerita basuh kelengkapan selain baju. Ada yang cukup rajin basuh baju dengan SEGERA! Indahnya ada sehari masa cuti selepas ekspedisi ditambah pula hari yang panas terik. Apa lagi kena cergas  menjemur.


Untung juga bila beberapa barang sudah dibasuh semasa waktu terakhir ekspedisi, seperti Kasut. Hari lain tinggal untuk dijemur aja. Tapi AWAS bagi menjaga kasut lebih tahan, kurang/elakkan penggunaan detergent, berus kasar dan yang paling penting jemur di suhu bilik dan bukannya dibawah panas terik.
















Jemur dibawah tangga yang ada pengudaraan antara pilihan Apip.

Mudah bagi yang mempunyai ruang disekitar laman rumah untuk menyidai barang. Pagar dan anjung rumah antara yang jadi sasaran. Bukan saja Flysheet, alas solat, sleeping mat. Peralatan memasak juga perlu dikeringkan. Beg, beg first aids kit, karung-karung serta banner kumpulan. Stove juga perlu dicuci dan dikeringkan lebih-lebih lagi jenis Kovea Booster II.









Pintu pagar antara tempat pilihan di Rindu Alam.














Atur dan jemur, Periuk-miuk bagus dikeringkan untuk elakkan dari dipenuhi bakteria dan berbau kusam.








Sleeping bag juga harus dikeringkan lagi waulaupun tidak basah semasa ekspedisi.








Padang antara tempat yang mudah digunakan untuk menjemur.


Ini semua adalah hasil dari Ekspedisi Yellow Pass 2011-2012 OGKL. Sebahagian lagi barangan kelab diuruskan di Rumah Razman Mangga Selayang Baru.