Wednesday, 26 December 2012

Abotshop

Abotshop.com

Nama abotshop kini kian popular dikalangan warga gunung tempatan. Kunjungan ke kedai Abotshop akan dikongsi bersama. Sebenarnya dah berkali-kali Apip berkunjung ke kedai Abotshop. Sejak awal pembukaan di Kg Sg. Ramal Dalam hingga ke premis baru. Atas permintaan dari pemilik Abotshop sendiri, komentar tentang Abotshop ditangguhkan sehingga premis ini benar-benar bersedia untuk diketengahkan.

Abotshop yang dimiliki oleh Abot atau nama sebenar Firdaus Zulkifli memulakan langkah perniagaan pakaian outdoor (mendaki & memancing) secara online. Media Facebook antara medium yang digunakan. 

Bagi rakyat Malaysia, agak tak sah andai tidak berkunjung ke kedai untuk mencuba pakaian atau sekadar melihat, merasa fabrik sesuatu pakaian. Ada yang berusaha berkali-kali untuk sampai ke Abotshop. Kedai yang dibuka jam 10pagi hingga 9 malam. Juga tutup waktu solat Jumaat, usah datang waktu ini.

Kedai yang terletak di tengah-tengah deretan rumah kedai Taman Kajang Impian berhampiran Lebuhraya SILK agak mudah dicari. Land mark utama, bangunan Redwork Restaurant yang bertentangan dengan deretan rumah kedai ini.

Red Work Restaurand
Mana satu kedai Abotshop, perhatikan papan iklan Abotshop & stiker di pintu kaca kedai. Bagusnya parking di sini tidak dikenakan sebarang bayaran sebab Taman Kajang Impian masuk dalam jajahan Bandar Baru Bangi, dan sebahagian Seksyen 7.

Premis Abotshop yang menggunakan separuh dari saiz rumah kedai ini agak sarat dengan pakaian terutama seluar, t-shirt, kemeja dan jaket. Jenama utama yang ada Browning Mossy OakColumbia, Jack WolfSkin, The NorthFace ,Arcteryx, Mammut, Salomon, Cohike dan beberapa jenama lain.
Jaket-jaket

Fitting room atau lebih tepat disebut 'the corner, cover with blind curtain' disediakan buat mereka yang ingin mengenakan pakaian dibadan. 

Mahal ke barang di Abotshop? 10% diskaun untuk pembelian online. Namun pembelian dikedai juga tak kurang rancak. Harga barangan sederhana. Al maklumlah barangan diimport. Bagi barangan factory reject seperti t-shirt Salomon, harga agak murah. Barangan ini diasingkan dari barangan yang bukan factory reject. Defect reject adakalanya agak sukar dikesan. Item ini harus beli di kedai bagi mengelakkan rasa tidak puas hati dengan defect yang ada.
Kemeja & t-shirt

Kasut & lain-lain item
Apa lagi barang yang ada di Abotshop. Outdoor gear seperti hammock, topi, hat, kasut, sunglass antara  yang turut dijual disini. 

Abotshop online juga boleh dikunjungi di FB https://www.facebook.com/abotwholesale 




Abot disamping FB

UPDATE:NOV 2016
Premis abotshop telah ditutup dan semua jualan hanya atas talian di http://www.abotshopgear.com/

0 comments:

Post a Comment