Friday 22 April 2016

Minat Gunung yang 'rare'

Semenjak dua menjak ni nampak makin ramai warga gunung yang minat dengan gunung-gunung tidak ternama ini. Masing-masing ada sebab tersendiri.

Pertanyaan Gunung Rare
1.Apip tahun ni buat satu trip macam trip G. Biong dulu boleh.
2.Bro kalau ada pergi hidden part ajak ye
3.Bang boleh bawa ke G. Titi Basah
4. Bang nak tanya pasal gunung Chinta***
5. Bang dulu abg ke G. Panggang Paku camna
Ini antara yang terbaru apip terima.


Prakata:: al-kisah apip & gunung rare
Minat masuk hutan, kerabat gunung tak kira ternama atau tidak. Mula-mula dulu, pertengahan 90an, Gunung Batu Puteh boleh dikira gunung tak ternama. Tidak seperti Ledang, Kinabalu, Jerai, Tahan, Nuang. Gunung didaki sebab ada pelawaan dari rakan-rakan.

Seterusnya, mula tambah koleksi gunung, asal tak pernah daki saja, ada pelawaan, ajakan, atau kena cari trek bersama terus setuju. Bertambah koleksi ke G. Swettenham diawal tahun 00an 2000. Pendakian gunung rare ni boleh kata berselang juga dengan gunung-gunung ternama seperti G.Ayam, G.Stong, G. Irau dll. 

2003 Dah bijak bikin trip rare mulalah pangjangkan langkah bikin trip ke G.Serudum 3malam 3hari dengan bantuan guide tempatan. Seterusnya bikin trip gunung rare trans G. Talamau - G. Pasaman di negara seberang, juga dengan guide tempatan. Sebelum tu ada trip ke G. Belumut (salah satu dari G.Tujuh yang popular dengan Danau G. Tujuh) Jambi.

Mula miliki GPS
Asalnya ikut trip kawan menemani trip ke Air Terjun Tangsi 2004, Bukitttinggi. Akhirnya dapat memiliki GPS yang dijual selepas beberapa bulan dari trip ini. Jenama Magellantu. Beli GPS tak guna memang rugi. Nak guna kena usaha trip yang tak ada log atau log tidak diketahui.

Pengetahuan baca peta topografi mula diasah. Dah tahu baca topo, kena praktik ke tempat yang tidak diketahui / tiada trek. Bermulalah trip G. Tangga yang kerap disebut semasa dikongsi tentang G. Swetenham. Ilmu tak diasah akan berkarat. Gunung 'Rare' sahaja tempat yand sesuai untuk guna ilmu baca topo. Mula cari gunung-gunung yang dekat dan dalam koleksi topo yang ada. Masa yang sama ada juga beberapa kumpulan yang turut mula guna GPS dan ada minat yang sama. Navigator dalam satu kumpulan perlu seorang saja. Kalau lebih mungkin tak guna ilmu sepenuhnya. 

Ada masa terpaksa batalkan hasrat bila sesuatu tempat tu kumpulan lain dah buka dulu. G. Tumang Batak melalui G. Liang. Sempat bikin route atas kertas untuk rakan-rakan jayakan. Ada juga pergi ke gunung sama walaupun dah ada kumpulan lain buka laluan ke gunung tu. G. Warpu 2009 yang diterjah setahun selepas dibuka. Alhamdulillah rupanya puncak yang diistiharkan kumpulan sebelum ini bukan puncak sebenar selepas berjaya jumpa puncak dengan beirut kayu. Semangat kembali berkobar untuk projek lain biar ada yang telah istihar berjaya.

Dari tahun ke tahun bertambah sedikit demi sedikit. G. Centuk, G.Cantik, G. Beluat, G. Bubu West, G. Lebah Timur, G. Hantu via Kem Orkid dan G. Biong. Ada juga gunung rare yang dah diketahui ada guide. Misalnya G.Tera-G. Saji, walaupun ada guide permintaan ke gunung ini agak sukar. Selepas berjaya meyakinkan guide dengan info topo yang ada, awal 2009 berjaya ke gunung ini dalam tempoh 3 hari 2 malam (termasuk G.Stong-G. Baha-G.Ayam) walau guide tersasar sedikit.

Seterusnya dapat kepercayaan guide untuk trip gunung-gunung lain di Jelawang Jungle seperti G. Che Tahir, G. Menyelit, G. Kub. Misi Noring (Anak Reng - Noring Timur) juga terlaksana dengan bantuan guide. Sekali lagi trip G. Basor diusulkan untuk 2hari semalam dengan guide yang sama dapat direalisasikan. G. Berembun (Wrays) dan ada beberapa lagi menjadi koleksi.

Minat kalau disemai akan subur, melihat pengiat outdoor sekarang ada minat yang sama satu yang bagus dan wajar disemai.


0 comments:

Post a Comment