Friday 28 June 2013

TEF2013-10 :: Denyutan Nadi & Kadar Oksigen

Setiap hari, kadar oksigen dalam badan kami & denyutan nadi diambil serta dipantau. Sehari dua kali. Sekali sebelum sarapan (andaian sebelum badan aktif) dan sekali lagi semasa makan malam. Oxymeter digunakan untuk tujuan ini.
Alat yang ringan & ringkas, mudah dibawa semasa ekspedisi

Memandangkan dari hari ke hari kami akan berada diketinggian yang kandungan Oksigen semakin rendah. Kandungan Oksigen dalam badan kami perlu kekal tinggi atau normal. Degupan jantung pula perlu pada keadaan normal dan dibawah aras berbahaya. Denyutan nadi dipantau untuk tujuan ini.

Jantung akan bekerja keras untuk membekalkan Oksigen yang sama pada badan ditempat kandungan Oksigen dalam udara adalah kurang. Bagi insan yang jantungnya tak pernah bekerja untuk berlari sejauh 7KM/10KM. Bila berada di Himalaya, degupan jantungnya cukup tinggi. Hal ini merisaukan ketua jurulatih, biro kesihatan dan medic.

"Disini bukan masa untuk latihan jantung (kardio)". Buat rakan-rakan di Malaysia yang ingin ke Banjaran Himalaya, latihan kecergasan di Malaysia amat perlu dan tidak merugikan. Kata-kata keramat "Saya tak perform di Malaysia, tak bermakna saya tak perform di sana (Himalaya)", tak boleh dijadikan panduan dan ikutan.

Kekurangan Oksigen dalam badan juga boleh dijadikan pengukur seseorang itu berada dalam keadaan normal atau pening kepala. Di klinik-klinik di Malaysia juga, Doktor akan menggunakan pendekatan yang sama bila seseorang itu mengadu sakit kepala. Oxymeter digunakan. Cuma ada tambahan pemeriksaan tekanan darah.

"Saya sihat, tak pening kepala" Ujian kejujuran ini dapat dikenalpasti dari rekod kadar Oksigen (Oxygen level) & denyutan nadi yang diambil. Simptom muka bengkak, pasif dan nampak seperti orang pening yang selari dengan bacaan oxymeter, ada juga masih disangkal seseorang individu dengan menobatkan dirinya sihat. "Siapa kata kamu sihat?" jurulatih.

Saja-saja kami cuba ambil kadar Oksigen & denyutan nadi sherpa kami. Mereka mempunyai kadar Oksigen yang tinggi tapi denyutan nadi rendah. Ini menandakan golongan sherpa mempunyai jantung yang kuat untuk mengepam oksigen ke seluruh badan. Ini antara sebab mereka gagah berbanding kita yang berasal tempat rendah sekitar aras laut.

1 comment: